Ikuti Kami:

Dari SNSD, BTS, TWICE, ‘Twenty Five, Twenty One’ Jadi Drama Kegemaran Ramai Artis Korea Kini

Dari SNSD, BTS, TWICE, ‘Twenty Five, Twenty One’ Jadi Drama Kegemaran Ramai Artis Korea Kini

Bukan sahaja digilai oleh peminat K-Drama namun “Twenty Five, Twenty One” merupakan drama yang dilayan oleh ramai pelakon dan idola kini.

Antara selebriti yang mengakui cinta mereka buat drama ini ialah.

Choi Soo-young Girls’ Generation

Bukan main-main, Choi Soo-young sudah beberapa kali memuat naik mengenai drama ini selain mengatakan bahawa dia menontonnya kerana Kim Tae-ri.

Jungkook BTS

Nampaknya “Twenty Five, Twenty One” merupakan sumber hiburan buat ahli termuda BTS itu kini.

ITZY

Reaksi ahli ITZY memang sama sahaje dengan penonton tegar “Twenty Five, Twenty One”.

Seolhyun AOA

Soalan ‘siapakah ayah Min-chae’ ini bukan sahaja bermain di fikiran Seol-hyun tapi juga kesemua penonton setia drama ini.

TREASURE

Babak ikonik okay! Memang bakal jadi ikutan ramai idola di rancangan hiburan.

Jihyo TWICE

Walaupun ibu Na Hee-do tegas tapi lakonan dia hebat sangat. Menjadi betul!

Yoo Su-bin & Kim Do-wan

Daripada Samsam Tech dalam “Start-Up”, kedua-dua pelakon ini menunjukkan semangat setiakawan buat Nam Joo-hyuk.

Kim Yong-ji

Daripada “Mr. Sunshine”, nampaknya Kim Yong-ji tak putus langsung memberikan sokongan buat Kim Tae-ri.

Bukan sahaja mereka, selebriti lain seperti Do-young, Jung-woo dan Tae-il NCT, Chu dan Yves LOONA, Hoshi SEVENTEEN, I.M MONSTA X, VIVIZ, (G)I-DLE dan lain-lain turut seronok “Twenty Five, Twenty One” sekarang ini.

Dalam pada itu, Jisoo BLACKPINK turut sempat memberikan sokongan buat rakan baiknya, Bona WJSN di set penggambaran “Twenty Five, Twenty One”.

Popular kan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...