Song Ji-hyo memang biasa bertemu pelakon lelaki dalam “Running Man” dan kemudiannya akan bertuah untuk berlakon sekali!
Macam Choi Jin-hyuk dengan drama “Emergency Couple”, Son Ho-jun dengan drama “Was It Love?” dan beberapa orang lagi.
Terbaru, Song Ji-hyo dikhabarkan bakal bertemu Ha Do-kwon dalam drama 8-episod “Welcome To Witch’s Restaurant” terbitan TVing nanti.
Naskhah itu menceritakan kisah pelanggan di sebuah kedai makan yang sanggup menjual jiwa mereka asalkan dapat menjalani kehidupan yang lain daripada asalnya. Di kedai tersebut, pemiliknya membantu merealisasikan impian pelanggannya sambil dibantu oleh pekerja di situ. Song Ji-hyo akan memainkan watak utama iaitu Jo Hee-ra, pemilik restoran itu yang menjual makanan yang membantu merealisasikan permintaan manusia
Meskipun tiada laporan rasmi mengenainya namun peminat terutamanya penonton “Running Man” perasan bahawa pelakon lelaki itu turut berada di sesi pembacaan skrip pertama naskhah tersebut.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan apakah watak yang akan dipegang oleh Ha Do-kwon nanti.
Tapi yang pastinya, tak sabar nak tengok Ha Do-kwon dan Song Ji-hyo muncul dalam skrin sebagai pelakon bersama!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.