Ikuti Kami:

Dari Penulis ‘The Penthouse’, Lee Jiah Bintangi Drama ‘Pandora: Beneath The Paradise’

Dari Penulis ‘The Penthouse’, Lee Jiah Bintangi Drama ‘Pandora: Beneath The Paradise’

Selepas drama “The Penthouse”, akhirnya Lee Ji-ah akan berlakon sebuah drama baru lah!

Baru-baru ini, tvN telah mengeluarkan poster dan video teaser untuk drama “Pandora: Beneath the Paradise” yang dibintangi oleh Lee Ji-ah dan Lee Sang-yoon.

Untuk maklumat korang, “Pandora: Beneath the Paradise” mengisahkan tentang seorang wanita yang ingin membalas dendam dan cuba untuk menjejaki kebenaran di sebalik masa lalunya selepas hilang ingatan. Dia menyedari bahawa kehidupannya yang sempurna kini sebenarnya telah diatur dari sebahagian rancangan besar seseorang.

Pandora: Beneath The Paradise

Selain itu, drama ini ditulis oleh Kim Soon-ok iaitu penulis siri drama hit “The Penthouse”, dan diarahkan oleh Choi Young-hoon, yang baru-baru ini bekerjasama dengan Lee Sang-yoon dalam drama popular SBS “One the Woman.”

Dalam video teaser pertama, Hong Tae-ra (Lee Ji-ah) dan Pyo Jae-hyun (Lee Sang-yoon) sedang menikmati pesta di dewan jamuan sambil menerima tepukan dan sorakan daripada orang ramai. Hong Tae-ra dan Pyo Jae-hyun memandang mata satu sama lain dengan penuh kasih sayang, sehingga seseorang membuka botol champagne secara tiba-tiba.

Kalau korang nak tahu drama ini selanjutnya, jangan lupa tonton “Pandora: Beneath the Paradise” pada 11 Mac nanti okay!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...