Selepas “Uncontrollably Fond”, Kim Woo-bin dan Bae Suzy nampaknya akan sekali lagi bekerjasama untuk sebuah drama!
Terbaru pada 14 Jun, syarikat produksi Hwa&Dam telah mengumumkan bahawa Kim Woo-bin dan Bae Suzy akan sama-sama terajui drama baru berjudul “All Your Wishes Will Come True”.
Untuk pengetahuan, “All Your Wishes Will Come True” ialah drama romantik komedi fantasi tentang jin yang terlalu emosi yang terperangkap di dalam lampu dan wanita yang membantunya melarikan diri dari penjara.
Dalam drama ini, Kim Woo-bin akan membawa watak sebagai seorang genie, manakala Suzy akan tampil sebagai Ga-young, seorang manusia yang tidak mempunyai emosi.
Tambahan, drama ini akan ditulis oleh Kim Eun-sook, yang terkenal dengan drama popularnya seperti “The Glory”, “Goblin” dan sebagainya.
Sama-sama kita nantikan tayangan “All Your Wishes Will Come True” pada 2024 ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉