Wow! Macam menarik…
Drama “Daily Dose of Sunshine” bakal dikeluarkan di Netflix pada 3 November ini. Buat yang tidak mengetahui, drama ini telah diadaptasikan daripada webtoon di mana ianya mengisahkan tentang jururawat bernama Da-eun yang bekerja di wad psikiatri.
Pelakon Park Bo-young akan memainkan watak Jung Da-eun, seorang jururawat yang sangat mengambil berat tentang pesakitnya dan dia baru sahaja dipindahkan ke jabatan kesihatan mental.
Namun, disebabkan jarang berlaku kejadian apabila seorang jururawat tahun ketiga berpindah ke wad yang lain, ramai yang ingin mengetahui sebab utama dia dipindahkan ke wad psikiatri itu.
Tidak berhenti di situ, kisah warna-warni di sebalik kehidupan Da-eun, para pesakit serta kakitangan wad yang lain juga akan dibongkarkan di wad psikiatri Hospital Universiti Myung Shin tersebut.
Dalam masa yang sama, bagi membuang persepsi bahawa wad psikiatri adalah kelam dan menakutkan, pengarah drama ini iaitu Lee Jae-gyu telah menggunakan kombinasi warna-warna cerah dan ceria bagi memastikan drama ini terasa seperti buku cerita.
Dia juga menggunakan pengalaman hidupnya serta pelakon-pelakon itu sendiri sebagai panduan di dalam drama tersebut agar penonton dapat mengetahui bahawa penyakit mental boleh datang menemui sesiapa sahaja tanpa mengira waktu.
Pengarah itu berkata,
Drama ini adalah berdasarkan kisah saya dan keluarga saya, jadi saya percaya anda semua akan tersentuh hati selepas menonton drama ini nanti.
Korang dah sedia ke belum nak tengok drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.