Ikuti Kami:

Dari ‘Parasite’ Ke ‘Money Heist Korea ‘, Lakonan Antagonis Park Myunghoon Dipuji

Dari ‘Parasite’ Ke ‘Money Heist Korea ‘, Lakonan Antagonis Park Myunghoon Dipuji

Kalau watak antagonis je, pelakon Park Myung-hoon mesti antara yang menjadi sebutan. Tapi kali ini, wataknya dalam “Money Heist Korea: Joint Economic Area”, betul-betul bikin peminat panas hati.

Sebelum ini, Park Myung-hoon berjaya memberi impak dalam watak antagonisnya melalui “Parasite”. Terbaru, dia tampil memegang watak sebagai Cho Young-min iaitu sebagai seorang pengarah kepada Korean Peninsula Unification Mint.

Watak itu kali ini jelas mempamerkan sifat tamak dan pentingkan diri apabila di dalam satu episod, Cho Young-min mengorbankan wanita yang dia cintai untuk menyelamatkan diri ketika dalam suatu krisis. parkImpak watak itu berjaya membuat penonton ‘geram’ apabila perkembangan watak itu terus menunjukkan sifat ‘talam dua muka’ malah Cho Young-min turut mempergunakan orang sekeliling yang lebih lemah dari dirinya.

Kualiti lakonan Park Myung-hoon terus dipuji apabila rata-rata dalam kalangan peminat berkongsi pendapat mereka mengenai watak yang dibawanya.

Pengarah Mint itu buat saya rasa marah dari awal hingga akhir!

 

Watak Park Myung-hoon dalam “Parasite” buat saya sakit hati, sama juga dalam siri ini!

 

Cho Young-min adalah watak paling teruk antara perompak dan tebusan!

Tapi kalau penonton tak rasa marah atau meluat dengan sesuatu watak antagonis, maknanya tak menjadi la kan? Kira power la tu buat orang benci dia! Eh, watak dia….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...