Dunia hiburan Korea sangat popular di seluruh negara terutamanya K-Drama.
Selain K-Drama genre romantis, cerita yang diadaptasi dari webtoon juga telah mendapat perhatian serta meraih rating tinggi daripada penonton.
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan K-Drama adaptasi dari webtoon yang bakal ditayangkan pada separuh kedua 2023.
Doona
Seorang pelajar sekolah, Lee Won-joon telah jatuh cinta dengan kecantikan jirannya. Jirannya itu pula merupakan seorang bekas idola K-Pop, Lee Doo-na. Namun ada beberapa rahsia yang perlu dirahsiakan oleh Lee Doo-na demi menyelamatkan dirinya.
Tarikh tayangan: 20 Oktober 2023
Saluran: Netflix
Pelakon utama: Bae Suzy, Yang Se-jong
Moon In The Day
Kisah “Moon In The Day” bermula apabila Han Joon-o mengambil bahagian dalam iklan awam dengan anggota bomba Kang Young-hwa. Semasa penggambaran, satu kemalangan kereta berlaku dan Kang Young-hwa berjaya menyelamatkan Han Joon-o.
Selepas itu, Kang Young-hwa mula bekerja sebagai pengawal peribadi Han Joon-o. Sementara itu, selepas kemalangan kereta, tubuh Han Joon-o dirasuk oleh semangat pendendam Do-ha. Do-ha merupakan seorang bangsawan di Silla yang dibunuh oleh isterinya Han Ri-ta, yang sangat disayanginya.
Tarikh tayangan: 25 Oktober 2023
Saluran: ENA, Genie TV
Pelakon utama: Kim Young-dae, Pyo Ye-jin, On Joo-wan, Jung Woong-in
Vigilante
Kim Ji-yong ialah pelajar yang rajin dan cemerlang semasa berada di akademi polis. Bagaimanapun, pada hujung minggu dia berperanan sebagai pengawal untuk menangkap pesalah yang mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang. Kim Ji-yong kehilangan ibunya di tangan samseng tempatan ketika dia masih muda.
Tarikh tayangan: 8 November 2023
Saluran: Disney+
Pelakon utama: Nam Joo-hyuk, Yoo Ji-tae, Lee Joon-hyuk, Kim So-jin.
Daily Dose of Sunshine
“Daily Dose of Sunshine” menceritakan tentang bermacam jenis kejadian yang berlaku di wad psikiatri. Ia berdasarkan pengalaman sebenar sebenar seorang jururawat psikiatri yang bernama Jung Da-eun.
Tarikh tayangan: November
Saluran: Netflix
Pelakon utama: Park Bo-young, Yeon Woo-jin, Jang Dong-yoon, Lee Jung-eun.
A Bloody Lucky Day
Siri ngeri tentang pemandu teksi biasa, Oh Taek yang membawa pelanggannya ke Mokpo. Pelanggan itu menawarkan harga yang tinggi, dan kemudian suatu perkara telah terjadi. Hal ini telah menyedarkan dia bahawa pelanggan itu adalah pembunuh bersiri dan memulakan pemanduan dalam keadaan ketakutan.
Tarikh tayangan: November
Saluran: Tving
Pelakon utama: Lee Sung-min, Yoo Yeon-seok, Lee Jung-eun
Semua K-Drama best!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.