Ikuti Kami:

Dari Luahan Jung Haein & Klip Teaser, Penonton Teka Ending ‘Snowdrop’ Sedih?

Dari Luahan Jung Haein & Klip Teaser, Penonton Teka Ending ‘Snowdrop’ Sedih?

Tinggal kurang lagi sebulan, sudah pasti ramai yang menantikan drama “Snowdrop” kan? Sudah lama digembar-gemburkan, ianya telah meraih perhatian semua peminat K-Drama.

Walaubagaimanapun, daripada klu yang ditinggalkan, sepertinya drama ini akan berakhir dengan sedih. Eh kenapa?

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, Jung Hae-in telah berkongsi apa yang penonton boleh jangkakan dengan drama ini,

Saya boleh katakan ia seperti ‘Romeo & Juliet’, cerita cinta yang mematahkan hati, manis, dan berkasih sayang antara lelaki dan wanita.

jtbc snowdrop

Perkataan ‘mematahkan hati’ yang digunakan oleh pelakon itu membuatkan peminat risau sekiranya ia akan berakhir sedih. Tambahan pula, drama ini membawa kisah ‘cinta terlarang’ antara dua pelajar kolej di Korea Selatan pada 1987.

Dalam pada itu, suasana teaser yang mendebarkan “Snowdrop” juga menguatkan teori yang ianya akan memberikan kesakitan buat penonton. Dapat dilihat momen indah antara Su-ho (Jung Hae-in) dan Young-ro (Ji-soo) berubah tragis apabila wanita itu mengacukan pistol ke arah cinta hatinya.

jtbc snowdrop

Disebabkan oleh klu yang diberikan ini, ramai yang menebak “Snowdrop” mungkin akan mencengkam hati penonton pada akhirnya nanti.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...