Walaupun bukan reunion INFINITE tapi ramai yang bergembira apabila dua ahlinya iaitu Kim Myung-soo dan Sungyeol bakal bergandingan dalam drama yang sama.
Kongsi agensi mereka,
Kim Myung-soo dan Lee Sung-yeol bakal muncul dalam drama ‘Accounting Firm’.
Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah Jang Ho-woo (Kim Myung-soo) yang mempunyai sejarah keluarag yang tragis dan merupakan akauntan pertama hanya dengan diploma sekolah. Menerusi peluang itu, dia cuba mencapai keadilan demi impiannya.
Lee Sung-yeol pula akan berlakon sebagai Shim Hyung-woo yang melangkaui kesusahan keluarga dan menjadi orang penting dalam firma akauntan tersebut selain perlu bekerjasama dengan Jang Ho-woo.
Dalam pada itu, pelakon lain seperti Choi Jin-hyuk, Yeon-woo dan Choi Min-soo dikhabarkan masih lagi meneliti tawaran yang diterima dari JTBC itu.
Khabarnya, “Accounting Firm” akan mula bersiaran pada separuh pertama tahun ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉