Ikuti Kami:

Dari Drama Ke Realiti, Bang Minah & On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Dari Drama Ke Realiti, Bang Minah & On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Mula kenal dari “Dear Fair Lady Kong Shim”, Bang Min-ah dan On Joo-wan akan berkahwin tak lama lagi!

Menurut laporan dari kedua-dua agensi, Bang Min-ah dan On Joo-wan merancang untuk berkahwin pada bulan November ini, selepas telah lama mengenali antara satu sama lain. Umum agensi,

Selepas menjalinkan hubungan yang serius, On Joo-wan dan Bang Min-ah telah memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup mereka bersama mulai November ini. Kami meminta restu anda untuk masa depan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Tambahan, majlis mereka nanti akan diadakan secara tertutup, dengan hanya keluarga pasangan yang hadir.

bang minah on joowan

Selain itu, kedua-dua selebriti tersebut menyatakan bahawa mereka akan kekal aktif sebagai pelakon walaupun selepas berkahwin.

Untuk pengetahuan, Bang Min-ah dan On Joo-wan kali pertama bertemu semasa rakaman “Dear Fair Lady Kong Shim” pada 2016 dan mereka dikatakan mula bercinta kira-kira empat tahun yang lalu.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports World

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...