Ikuti Kami:

Dari ‘A Korean Odyssey’, Lee Seyoung Dilamar Terajui ‘Love By Laws’ Bersama Lee Seunggi

Dari ‘A Korean Odyssey’, Lee Seyoung Dilamar Terajui ‘Love By Laws’ Bersama Lee Seunggi

Adakah Lee Se-young sudah pilih projek terbarunya selepas “The Red Sleeve” tamat?

Menurut laporan media, pelakon wanita itu bakal menerajui drama “Love By Laws” di bawah siaran KBS.

Respon agensinya,

Ia merupakan salah satu naskhah yang sedang diteliti kini.

Berdasarkan novel web, ia merupakan drama romantik perundangan yang berlaku di Law Café di mana ia merupakan firma guaman dan juga kafe. Kisahnya berkisar si tuan rumah yang merupakan seorang bekas pendakwa raya yang dikenali sebagai ‘genius hebat’ dan seorang peguam, yang merupakan seorang peserta Miss Korea.

lee seyoung lee seunggi

Khabarnya, Lee Se-young menerima lamaran untuk membawa watak Kim Yu-ri iaitu seorang yang berpaling arah dari firma lamanya sebelum membuka Law Café. Wanita itu kemudiannya berjumpa dengan tuan bangunan berkenaan untuk berbincang mengenai kontrak sewa dan mendapat tahu bahawa lelaki itu ialah rakan semasa sekolahnya iaitu Jeong-ho.

Dalam pada itu, watak utama lelaki sudah ditawarkan buat Lee Seung-gi dan dia sedang menelitinya kini.

a korean odyssey

Jikalau mereka bergandingan, maknanya ia pertemuan semula mereka selepas drama “A Korea Odyssey” menamatkan tayangan.

Katanya, “Love By Laws” akan memulakan tayangan pada Ogos nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...