Ikuti Kami:

Dapat Sambutan Hangat, Vico Panjangkan Lagi Tempoh V.I.C.O Jingle Contest! Rugi Kalau Tak Join!

Dapat Sambutan Hangat, Vico Panjangkan Lagi Tempoh V.I.C.O Jingle Contest! Rugi Kalau Tak Join!

V.I.C.O, Vico! Wohoo!

Kalau bukan sebab Kak Lina seru pihak Vico untuk kembalikan semula iklan mereka, tak ada lah peraduan V.I.C.O Jingle Contest ni! 

Disebabkan peraduan ini menerima sambutan hangat serta banyak mesej peribadi dihantar oleh penyokong, Vico buat keputusan untuk panjangkan lagi tempoh V.I.C.O Jingle Contest. Yeay, lagi ramai orang boleh join!

Kalau korang nak join V.I.C.O Jingle Contest ni tapi tak ada idea atau perlukan inspirasi, meh kami kongsi antara hantaran daripada peserta peraduan!

https://www.instagram.com/reel/C4aFe9VJbDX/?igsh=MW5tMmU0aGM0NWJjMg==

Amboi masing-masing, kemain nyanyi lagu jingle Vico versi sendiri! Love sangat! 

Korang yang nak join V.I.C.O Jingle Contest tu, dah boleh start tengok-tengok video rujukan di bawah tanda pagar #VicoJingleContest di semua platform media sosial okay?!

Chop, chop, chop! Jadi, kalau nak join peraduan V.I.C.O Jingle Contest ni nak kena rakam suara dekat studio rakaman lah kan?

Eh, tak perlu pun! Korang tak perlu guna peralatan rakaman suara yang canggih atau pergi ke studio rakaman untuk rakam video jingle korang. Apa yang penting adalah kreativiti sendiri tau!

Psst, hadiah untuk peraduan ni pun lumayan! Kalau korang berjaya tambat hati juri iaitu Kak Lina, korang berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM5,000, Lumos Ray Home Cinema Projector, produk Vico dan banyak lagi! Wow, bestnya! 

Nak join peraduan ni pun senang saja tau, korang ikut saja 5 langkah mudah di bawah ni

Langkah 1: Reka semula V.I.C.O Jingle dengan kreatif dan sertakan mana-mana produk Vico

Langkah 2: Muat naik video di Instagram atau Facebook 

Langkah 3: Tag akaun rasmi Vico serta 3 orang rakan

Langkah 4: Gunakan tanda pagar #VICOJINGLECONTEST

Langkah 5: LIKE dan FOLLOW Vico di Facebook dan Instagram

Haa, senang saja kan? Kalau senang, korang memang kena join okay! Mana tau rezeki korang, dapat dengar suara sendiri untuk iklan Vico, memang kau akan terkenal satu Malaysia dik!

Memandangkan tempoh peraduan dipanjangkan, korang kini boleh hantar penyertaan pada bila-bila masa sebelum 31 Mac 2024 ni. Lebih daripada tempoh terus out, jadi buat peringatan dalam kalendar korang!

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang terma dan syarat, boleh rujuk pada pautan ini, http://tiny.cc/VicoJingleContestTnC 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...