“Running Man” kini sudah mula makin mengganas dan membuatkan semua penonton ketawa senak perut pada saban minggu! Walaupun sebelum ini, rancangan ini pernah menghadapi krisis sehingga membuat keputusan untuk bubar tetapi nampaknya nasib kini mula menyebelahi rancangan itu.
Sejak daripada episod istimewa “House-Joker’s House With No Exit” yang ke udara pada 10 Oktober lepas, rating program ini semakin menaik. Banyak betul karakter kelakar yang memunculkan diri semasa cabaran ‘Jangan Ketawa’ sehingga bukan sahaja menyebabkan ahli “Running Man” ketawa bahkan turut menggeletek hati penonton!
Disebabkan oleh reaksi yang ‘panas’ semasa tayangan episod itu, pihak produksi “Running Man” telah mengembalikan semula misi ‘Jangan Ketawa’ tersebut untuk episod yang ditayangkan pada 24 November baru-baru ini. Jangan main-main sebabnya bagi memastikan ahli “Running Man” kalah teruk, pihak produksi telah upgrade lagi solekan dan karakter yang dibawa masuk untuk membuatkan mereka semua gelak.
Cabaran pertama adalah apabila seorang tukang baiki kononnya datang untuk membaiki lampu rosak tetapi sebenarnya ada muslihat lain. Bermula dengan stokin warna-warninya sehinggalah juntaian rambut di pusatnya. Buat hal betul!
Masih ingat tak lagi mak cik yang menjual roti berbentuk ikan dengan berpakaian seperti ‘Yondu’ pada episod “House-Joker’s House With No Exit” dahulu? Nampaknya mak cik itu kembali dengan watak ketua jabatan tetapi masih lagi berpakaian seperti ‘Yondu’. Somin langsung tak dapat tahan gelak kerana itu adalah kali pertama dia melihat mak cik itu. Dia berlalu pergi sambil menjerit, “Saya peminat mak cik!”
Paling tak boleh tahan apabila, Han Kibum iaitu pemain bola keranjang veteran yang mempunyai rupa seiras dengan Kwangsoo turut menyertai cabaran ini tetapi sebagai seorang idola! Kwangsoo terus jatuh rebah selepas melihatkan babak tarian kelakar daripada ‘kembar seiras’nya itu!
Fuh! Jenuh nak tahan gelak melihatkan betapa huru-haranya misi ini! Dahlah karakter yang dibawa sudah kelakar, ditambah pula dengan solekan ahli “Running Man” sendiri yang over-the-top, makin kuat gelak semua penonton!