Drama “Squid Game” tak dinafikan dah berjaya menaikkan nama ramai pelakon baru.
Menerusi temu bual bersama media Korea, salah seorang pelakon dalam siri itu iaitu Wi Ha-joon berkongsi perubahan yang dia alami selepas membintangi “Squid Game”. Luahnya,
Selepas ‘Squid Game’ berjaya, saya ada lebih banyak pilihan projek lakonan dan ramai orang kenal saya. Saya juga dapat lakukan banyak kerja lain yang luar dari projek itu dan pergi ke luar negara, yang mana saya tak pernah alami sebelum ini.
Selain itu, Wi Ha-joon juga akui selepas makin dikenali kini, dia akan berfikir dengan lebih mendalam dahulu sebelum bercakap.
Dulu saya hanya akan cakap je apa saya nak cakap.
Selayaknya Wi Ha-joon makin terkenal kan?