Ikuti Kami:

Dapat Hadiah Kebaya, Ailee Menangis Lihat Sambutan Hangat Peminat Malaysia

Dapat Hadiah Kebaya, Ailee Menangis Lihat Sambutan Hangat Peminat Malaysia

Siapa yang hadir ke AILEE I AM : HERE IN KUALA LUMPUR 2024 semalam?

Sepertinya ramai peminat K-Drama menantikan kedatangan Ailee ke Malaysia dek pelbagai lagu runut bunyi yang dinyanyikannya popular di serata dunia.

Antara lagu lain yang didendangkan oleh wanita itu ialah “Heaven”, “I Will Show You”, “I Will Go To You Like The First Snow”, “U & I” dan banyak lagi.

Malah Ailee juga dilihat selesa berinteraksi dan bergurau bersama peminat tempatan. Momen paling indah pada malam itu ialah apabila penyanyi solo berkenaan menangis selepas melihat video penghargaan yang disunting sendiri oleh peminatnya.

Bahkan dia tidak berhenti mengagumi dan mengucapkan “Cantiknya” apabila melihat kebaya yang direka khas buatnya sebagai hadiah dari peminat tempatan. Malah audiens sempat bergurau supaya Ailee memakai kebaya itu ketika perkahwinannya yang bakal berlangsung nanti.

Best tau semalam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...