Ikuti Kami:

Dapat Diselamatkan, Himchan B.A.P Cuba Ambil Nyawa Sendiri Lepas Mohon Maaf Atas Dakwaan Serangan Seksual

Dapat Diselamatkan, Himchan B.A.P Cuba Ambil Nyawa Sendiri Lepas Mohon Maaf Atas Dakwaan Serangan Seksual

Kalau anda nak tahu, Him-chan daripada kumpulan B.A.P telah pun didakwa melakukan serangan seksual pada 24 Julai 2018 dan kini sedang menjalani perbicaraan rayuannya selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan kerja komuniti.

Dalam pada itu, lelaki itu turut ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol pada Oktober 2020. Malah paras alkohol dalam darahnya itu membolehkan lesen memandunya ditarik semula.

Diam beberapa ketika, Him-chan telah memuat naik entri permohonan maaf atas kesalahannya itu,

Hello, ini ialah Him-chan.

Pertama sekali, maaf kerana saya lambat bersuara mengani hal ini.

Saya tahu ianya sudah terlambat tapi saya memohon maaf, jadi saya meluahkannya sekarang.

Saya mahu meminta maaf kepada semua yang mempercayai saya dan menanti meskipun kelakuan saya selama ini.

Terdapat pelbagai sebab saya bersuara kini, namun saya mendiamkan diri kerana terdapat banyak artikel dan cerita yang berlainan daripada kebenaran.

Saya mohon maaf kerana membuatkan anda risau mengenai pelbagai perkara.

Tambahan pula, saya sedar mengenai kesalahan dan kecuaian, dan saya meminta maaf untuk segalanya.

Saya harap semua bahagia.

Maafkan saya kerana hanya mampu membalas semua yang mempercayai saya dengan cara ini.

Saya minta maaf, dan memohon maaf sekali lagi.

Saya harap semua orang akan bahagia tanpa sebarang insiden.

Selamat tinggal dan terima kasih untuk segalanya.

himchan

Walaubagaimanapun, dikhabarkan selepas surat itu dimuat naik, Him-chan cuba untuk mengambil nyawanya sendiri pada malam yang sama.

Menurut laporan media, ibu Him-chan telah menghubungi rakannya kerana risaukan kesihatan anaknya itu selain mahu mengelakkan insiden yang lebih serius daripada berlaku. Selepas ditemui, Him-chan dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak membahayakan dan kini sedang berehat di rumah.

Semoga Him-chan cepat sembuh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...