Ikuti Kami:

Dapat Anak Di Usia 76 Tahun, Kim Yonggun Ulas Skandal Arah Kekasih Muda 39 Tahun Gugur Kandungan

Dapat Anak Di Usia 76 Tahun, Kim Yonggun Ulas Skandal Arah Kekasih Muda 39 Tahun Gugur Kandungan

Ingat tak mengenai kisah pelakon veteran Kim Yong-gun yang meminta kekasih lebih muda 39 tahun untuk menggugurkan anak mereka pada tahun lalu?

Menerima kecaman ramai dek keputusan itu, lelaki berusia 76 tahun itu akhirnya memohon maaf dan membuat keputusan untuk menerima kelahiran tersebut selain mendaftarkan nama bayi itu sebagai miliknya.

Hampir beberapa bulan berlalu, pelakon itu buat pertama kalinya menyebut mengenai skandal berkenaan di dalam rancangan “Boss In The Mirror”.

Di dalam episod itu, hos rancangan itu iaitu Kim Sook, Jun Hyun-moo dan Heo Jae dilamar menziarahi rumah milik pelakon veteran tersebut.

kim yonggun kontroversi

Dengan pemandangan sungai Han, sekeliling rumah itu turut dihiasi dengan pelbagai lukisan mewah. Ujar Kim Sook,

Ianya seperti galeri.

Sambung Kim Yong-gun,

Ketika saya mengalami kesukaran pada tahun lalu, saya selalu duduk di sini dan berdoa.

Walaupun tidak menyatakan secara terus, namun ramai yang menebak ‘kesukaran’ yang dimaksudkan itu berkaitan dengan kontroversi yang terpalit dek pendedahan kisah kekasihnya itu.

Dalam pada itu, bayi tersebut dikatakan sudah pun selamat dilahirkan pada November tahun lalu di mana lelaki itu menimang anak lagi di usia 76 tahun.

Semoga mereka bahagia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...