Rasanya ramai yang seronok ‘marathon’ kesemua episod “Money Heist – Joint Economic Area” sepanjang hujung minggu ini kan?
Terbukti popular, siri yang diadaptasi dari Sepanyol iaitu “Le Casa De Papel” itu berjaya merebut perhatian dari seluruh dunia.
Menerusi ranking global Netflix, ia berjaya menduduki tangga ke-3 bagi program TV popular selepas sehari tayangan.
Malah ia turut tersenarai di No 1 di beberapa negara seperti Indonesia, Morocco, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.
Untuk versi ini, “Money Heist – Joint Economic Area” akan menceritakan dunia di mana utara dan selatan Korea yang dalam usaha untuk digabungkan di mana mereka mempunyai akses bebas antara satu sama lain di suatu kawasan dipanggil ‘Joing Economic Area’. Walau bagaimanapun, dalam diam sekumpulan perompak merancang untuk melakukan rompakan besar-besaran sebanyak 4 trilion won dengan sekumpulan pihak berkuasa yang cuba menghalangnya.
Korang dah habis layan belum?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.