Ikuti Kami:

Jungkook BTS & Lee Yubi Didakwa Sedang Bercinta, Agensi Tampil Beri Penjelasan

Jungkook BTS & Lee Yubi Didakwa Sedang Bercinta, Agensi Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, seorang YouTuber menimbulkan syak wasangka bahawa Jung-kook BTS dan pelakon Lee Yu-bi sedang bercinta.

Dakwaannya ialah kedua-dua bintang itu pertama kali bertemu pada 2018 dan baru-baru ini memulakan hubungan mesra. Walau bagaimanapun, apa yang dia katakan adalah sangat tidak benar kerana semua bukti yang ditunjukkannya adalah tidak berasas.

Tindak balas kepada dakwaan tersebut, agensi Lee Yu-bi telah mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa khabar angin itu adalah palsu, kerana kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.

Kami telah mendengar khabar angin itu. Tetapi dari apa yang kami tahu, dia tidak mengenali Jung-kook. Kami bertanya kepadanya sebelum ini, dan dia berkata dia hanya mengenali Suga tetapi sudah lama dahulu. Apabila kami bertanya kepadanya mengenai khabar angin itu, dia hanya ketawa dan bingung, kerana ianya amatlah tidak benar.

Begitu juga dengan agensi Jung-kook BTS, Big Hit Music turut menafikan dakwaan tersebut.

Selain itu, YouTuber ini juga merupakan orang yang sama yang menyebarkan khabar angin mengenai V BTS dan anak perempuan Presiden Kumpulan Paradise yang kononnya sedang bercinta.

jungkook bts & lee yubi

Tiba-tiba sangat ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...