Ikuti Kami:

Dakwa Tolak Tawaran RM187 Juta, YG Entertainment Respon Isu Kontrak Lisa BP

Dakwa Tolak Tawaran RM187 Juta, YG Entertainment Respon Isu Kontrak Lisa BP

Selepas desas-desus timbul mengenai pembaharuan kontrak BLACKPINK, akhirnya YG Entertainment memberikan respon rasmi.

Menurut laporan media mengenai isu itu, kata YG Entertainment,

Kami masih lagi membincangkan hal pembaharuan kontrak dengan Lisa. Khabar angin berterbangan baru-baru ini tidak dapat disahkan.

Terdahulu, laporan mengatakan Lisa menolak tawaran kontrak YG Entertainment bernilai 40 juta USD (RM187 juta). Tambahan pula, dalam Julai, Lisa dan agensi itu tidak sefahaman ketika berbincang mengenai syarat kontrak mereka.

Disebabkan BLACKPINK debut pada 2016, kontrak mereka dijangka akan tamat pada tahun ini. Pun begitu, YG Entertainment masih belum mengumumkan secara rasmi mengenai kontrak mereka.

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.