Ikuti Kami:

Daki Gunung Himalaya, Lee Siyoung Kongsi Alami Kejadian Tak Dijangka

Daki Gunung Himalaya, Lee Siyoung Kongsi Alami Kejadian Tak Dijangka

Siapa yang mengikuti akaun Instagram Lee Si-young pastinya tahu bahawa wanita itu memang aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Terbaru pada 31 Oktober, Lee Si-young telah memuat naik beberapa gambar di Instagram, berkongsi perjalanannya pergi mendaki gunung Himalaya baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, gunung Himalaya adalah salah satu gunung tertinggi di dunia dan memang mencabar untuk menerokainya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, pelakon wanita itu turut berkongsi semua kesusahan yang dia bersama pasukannya lalui untuk sampai ke puncak.

Tulisnya,

Himalaya tidak seindah dan bahagia seperti dalam gambar. Sudah tentu penghujung perjalanan ini akan lebih indah kerana kepayahan ini, tetapi kita semua menahan hari demi hari dan meneruskan kehidupan.

Sambungnya lagi dengan mendedahkan bahawa dia kali pertama mengalami penyakit ketinggian,

Tiga ahli pasukan kami tidak dapat bernafas tanpa tangki oksigen kerana ketepuan oksigen mereka berada di bawah 50 dan tidak boleh bersama kami sehingga akhir. Ini adalah kali pertama saya mengalami dan mengetahui bahawa penyakit ketinggian adalah perkara yang menakutkan. Saya mendapat apa yang saya usahakan. Terdapat banyak tempat untuk dikunjungi di Himalaya.

Semoga Lee Si-young baik-baik je sekarang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...