Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat Da-hyun TWICE bergandingan dengan Jin-young B1A4!
Terbaru pada 14 Mei, Da-hyun dan Jin-young dilapor bakal terajui filem asal Taiwan “You Are the Apple of My Eye”, yang akan dihasilkan semula dalam versi Korea.
Sebagai respon, agensi ahli TWICE itu berkata,
Da-hyun telah menerima tawaran untuk muncul dalam filem itu dan sedang menelitinya.
Namun, masih belum ada apa-apa kenyataan lagi dari pihak Jin-young.
Untuk pengetahuan, filem Taiwan “You Are the Apple of My Eye” menggambarkan tentang emosi yang mekar dari percintaan remaja antara seorang pelajar bermasalah di sekolah dan seorang lagi pelajar pintar yang ditugaskan untuk memantaunya.
Sekiranya mereka menerima tawaran itu, Da-hyun dijangka akan memainkan watak sebagai Seon-a, pelajar contoh yang disukai ramai manakala Jin-young akan menjadi Jin-woo, pelajar yang akhirnya jatuh cinta dengan Seon-a.
Nantikan info lanjut!