Ikuti Kami:

“Dah Watak Macam Tu” – Lakonan Dikritik ‘Over’, Ramai ‘Back Up’ Kim Taeri Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’

“Dah Watak Macam Tu” – Lakonan Dikritik ‘Over’, Ramai ‘Back Up’ Kim Taeri Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’

Boleh tahan popular “Twenty Five, Twenty One” kini kan?

Meskipun meraih rating yang baik kerana menggabungkan pelkon popular dan plot yang padat, drama ini tanpa sengaja menerima sedikit kritikan baru-baru ini.

Katanya, lakonan Kim Tae-ri dan Kim So-hyun yang membawa watak Na Hee-do ketika remaja dan dewasa menerima kecaman sesetengah penonton.

Kim So-hyun yang merupakan pelakon veteran dalam dunia muzikal sepertinya tidak sesuai berlakon di dalam drama. Ini kerana nada suara, ekspresi wajah dan gerak geri yang berlebihan membuatkannya nampak seperti sedang berlakon di dalam muzikal.

kim sohyun twenty five twenty one Muncul kali terakhir di dalam drama menerusi “The King” pada 15 tahun lalu, rata-rata penonton menganggap bahawa pihak produksi “Twenty Five, Twenty One” tersilap pilih pelakon untuk membawa watak Na Hee-do ketika dewasa.

Bukan itu sahaja, Kim Tae-ri yang dikenali dek lakonan yang hebat turut terpalit dengan kritikan apabila dikatakan sedikit ‘over’ apabila menggambarkan watak Na Hee-do ketika remaja. Kritikan diberikan buat nada suara tinggi serta ekspresi wajah yang tidak selari dengan dialog yang dilontarkan. Pun begitu, ramai yang turut menyalahkan pihak produksi kerana membina watak Na Hee-do seperti itu.

kim taeri twenty five twenty one

Walau bagaimanapun, kebanyakan penonton sepertinya tidak bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan. Malah mereka menyukai lakonan yang ditonjolkan oleh Kim Tae-ri,

Kim Tae-ri ialah pelakon yang baik. Cuma Na Hee-do yang bermasalah.

 

Kemahiran lakonan Kim Tae-ri sangat baik. Kim So-hyun nampak sedikit janggal namun tidak memberi kesan memandangkan babaknya hanyalah sedikit sahaja.

 

Apa yang awak cakap ni? Kim Tae-ri sangat hebat berlakon.

 

Kim Tae-ri nampak seperti pelajar sekolah sebenar di dalam drama ini. Dia sangat comel!

 

Secara peribadi, Kim Tae-ri merupakan pelakon yang bagus namun saya memahami mengapa ada yang tak sukakan lakonannya.

 

Saya sukakan Kim Tae-ri, tapi saya tak sukakan wataknya di dalam drama ini.

 

Suaranya apabila dia menjerit agak menjengkelkan. Selain itu, saya menyukai semuanya tentang drama ini.

 

Ianya agak berlebihan semasa episod pertama, namun ianya kelihatan semakin natural kini.

Apa pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...