Ikuti Kami:

“Dah Tukar Komedi Ke?” – Penonton Kecewa Lihat Perkembangan Plot Musim Ketiga ‘The Penthouse’

“Dah Tukar Komedi Ke?” – Penonton Kecewa Lihat Perkembangan Plot Musim Ketiga ‘The Penthouse’

Lama dinantikan, “The Penthouse” kini sedang menyangkan musim terakhirnya. Walaubagaimanapun, respon hangat yang diberikan sepanjang dua musim lalu sepertinya berubah sedikit untuk musim ketiga ini.

Bermula dengan plot pembalasan dendam, pemanjangan sehingga tiga musim ini sepertinya membuatkan jalan cerita menjadi hilang arah dan berpusing di tempat yang sama. Lagi pula watak mati dihidupkan semula kini sudah menjadi hambar selepas 3-4 karakter melalui perkembangan yang sama.

Malah tidak masuk akal apabila hukuman penjara yang sepatutnya dilalui oleh penduduk Hera Palace dipotong pendek atas sebab yang tidak munasabah. Sepertinya penulis “The Penthouse” kehilangan idea untuk mengikat drama ini.

the penthouse 3

Penonton juga tidak mendiamkan diri dan meluahkan rasa kecewa mereka dengan perkembangan plot untuk musim ketiga ini.

Saya rasa para pelakon pun pastinya terfikir ‘Apa yang aku sedang buat ini’ semasa menjalani penggambaran.

 

Berterabur betul.

 

Saya tak pasti mereka tahu cara untuk hentikannya.

 

Saya tak tahu ‘Gag Concert’ (rancangan komedi di Korea) dah tayang semula.

 

Dah makin teruk sekarang..

 

Saya tertawa melihatnya.

 

Drama ini sudah semakin teruk, rugi betul bakat lakonan para pelakon.

 

Adakah ini komedi?

 

Tak sangka saya akan tukar saluran semasa menonton ‘The Penthouse’.

 

Setiap musim, lain genrenya. Musim pertama – thriller misteri, musim kedua – jenayah sci-fi, musim ketiga – komedi.

Apa pula kata korang yang setia menonton drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...