Ikuti Kami:

“Dah Tua Tak Sedar Diri” – Park Bogum & G-Dragon Dipuji Tapi Lee Minho Dikritik Dek Hal Ini

“Dah Tua Tak Sedar Diri” – Park Bogum & G-Dragon Dipuji Tapi Lee Minho Dikritik Dek Hal Ini

Lee Min-ho mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas memuat naik gambar hadiah hari lahir mewah daripada peminat di media sosialnya.

Ada yang melihatnya secara positif sebagai tanda penghargaan kepada sokongan peminat sebagai bintang Hallyu, manakala yang lain mengkritiknya kerana menerima budaya menerima hadiah mewah daripada peminat secara terbuka walaupun telah bergelar pelakon senior selepas hampir 20 tahun dalam industri.

Pada 21 Jun lalu, Lee Min-ho berkongsi gambar di media sosial yang memaparkan hadiah hari lahir mewah daripada para peminat termasuk jambangan bunga, belon, dan kotak hadiah mahal yang berderet. Lelaki itu yang lahir pada 22 Jun 1987 dan kini berusia 38 tahun, menyatakan rasa terima kasihnya atas hadiah yang diberikan dengan penuh kasih sayang oleh para peminat.

Reaksi netizen bercampur-campur. Ada yang menyatakan, “Pada tahap senior seperti Lee Min-ho, sudah tidak pelik jika dia hanya menerima ucapan tanpa hadiah,” “Bintang zaman sekarang lebih menggalakkan peminat untuk menderma daripada memberi hadiah, tetapi Lee Min-ho masih menganggap muat naik hadiah itu satu kebiasaan,” “Dengan isu alam sekitar yang semakin serius, tak malukah masih muat naik gambar belon dan bunga setiap tahun?” dan “Nampak seolah-olah dia berharap perkara sama berlaku tahun depan.”

Sesetengah pihak turut membandingkan dengan selebriti lain yang lebih peka. Kini semakin ramai artis yang menolak pemberian mewah peminat dan menggalakkan sumbangan amal sebagai alternatif. Contohnya, G-Dragon menderma sebanyak 81.8 juta won kepada UNHCR sempena hari lahirnya. Park Bo-gum juga pernah berkata bahawa “hati yang ikhlas lebih penting daripada hadiah,” dan menolak hadiah peminat dengan sopan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...