Nampaknya, perkahwinan antara Ji-yeon dan Hwang Jae-gyun tak kekal lama.
Pada 5 Oktober, media melaporkan bahawa pasangan suami isteri Ji-yeon dan Hwang Jae-gyun telah memfailkan perceraian pada bulan lepas, dan akan menjalani proses prosiding tak lama lagi.
Menurut wakil peguam Ji-yeon, kedua-dua suami isteri itu tidak dapat mengatasi konflik mereka dan akhirnya setuju untuk bercerai selepas tinggal berasingan.
Untuk pengetahuan, Ji-yeon dan Hwang Jae-gyun telah berkahwin pada Disember 2022 yang lalu.
Takde jodoh orang kata..