Ikuti Kami:

“Dah Tak Tahan Sangat” – Pertama Kali Dalam Sejarah, Peminat Buang ‘Air Besar’ Di Acara Anugerah Muzik

“Dah Tak Tahan Sangat” – Pertama Kali Dalam Sejarah, Peminat Buang ‘Air Besar’ Di Acara Anugerah Muzik

Seorang peminat tular di media sosial selepas dia ‘membuang air besar’ di tengah-tengah acara Anugerah Muzik Hanteo, berdekatan dengan tempat duduk penyanyi idola.

Disebabkan itu, kebanyakan penyanyi idola K-Pop telah dilihat menutup hidung dan mulut mereka kerana tidak tahan akan bau najis yang tersebar.

Malah, penonton yang hadir di acara tersebut turut mengadu akan bau busuk dan kejadian jadi semakin serius selepas staf disitu memaklumkan bahawa najis itu tidak dapat dibersihkan. Menyebabkan kesemua yang hadir perlu menahan bau busuk tersebut sehingga majlis tamat.

Dalam masa yang sama, seorang individu telah tampil memohon maaf dan mengaku bahawa dirinya telah menjadi punca insiden itu berlaku serta menawarkan diri untuk membayar dobi pakaian peminat yang terkena najis itu.

Meskipun ramai yang jijik dan terhibur dengan insiden tersebut, netizen turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap peminat itu.

Ramai yang mendedahkan bahawa lokasi acara itu penuh dengan peminat yang bergaduh serta saling tolak-menolak, menjadikannya mustahil untuk sesiapa sahaja keluar dari kawasan tersebut.

Antara komen netizen mengenai insiden ini ialah,

Saya rasa kesian dekat dia, mesti dia dah tak tahan sangat.

 

Bayangkan awak terbuang air besar dekat depan idola awak, mesti sangat memalukan.

 

Kesiannya, mereka patut benarkan dia lalu untuk pergi ke tandas.

 

Mesti dia trauma dengan apa yang jadi.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...