Apa dah jadi dengan Jang Geun-suk sekarang?
Setelah lama tak berlakon, lelaki itu dilihat menyertai program “The Influencer” bersama pempengaruh Korea lain.
Nyata janggal, ramai tertanya-tanya mengapa hanya Jang Geun-suk yang merupakan seorang pelakon menyertai rancangan sedemikian.
Komen peminat,
Tapi kenapa Jang Geun-suk terselit dalam kalangan pempengaruh tu. Dia dari dulu memang dah kaya dan popular kan? Terkejut tengok..
Bagi yang tidak mengetahui, “Influencer” merupakan rancangan siapa yang paling berpengaruh dalam kalangan 77 orang pempengaruh terkenal di Korea.
Kenapa dia sertai agaknya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.