Ikuti Kami:

“Dah Tak Mahu Bawa Watak Jahat” – Im Siwan Ulas Kecaman Ramai Dek Wataknya Dalam ‘Squid Game 3’

“Dah Tak Mahu Bawa Watak Jahat” – Im Siwan Ulas Kecaman Ramai Dek Wataknya Dalam ‘Squid Game 3’

Im Siwan secara jujur meluahkan pendapatnya tentang tindakan watak 333 Myung Ki, yang mengejutkan penonton di seluruh dunia.

Pada pagi 2 Julai, satu temubual bersama Im Siwan diadakan di sebuah kafe di Samcheong-dong, Jongno-gu, Seoul sempena pelancaran siri musim ketiga “Squid Game” oleh Netflix.

Im Si-wan, yang muncul dari musim 2 sehingga penamat siri ini, memegang watak Myung-ki nombor 333, seorang lelaki yang pernah menjadi penyiar pelaburan kripto namun gagal dan melarikan diri daripada pemiutang serta para pengikutnya. Dia juga merupakan bapa kepada anak watak Jun-hee nombor 222 (lakonan Jo Yu-ri).

Namun begitu, demi menyelamatkan dirinya, Myung-ki telah menggunakan bayinya sendiri sebagai alat ugutan malah bertindak seolah-olah mahu mencampak bayi itu. Perbuatan ini telah mengundang kecaman hebat daripada penonton global.

Im Si-wan berkata,

“Kebelakangan ini saya banyak dimaki. Sebagai pelakon, saya selalu dengar bahawa dimaki kerana watak adalah satu keberkatan. Saya anggap ia sebagai pujian dan cuba hadapi saat ini dengan positif.”

Tambahnya,

“Saya bersyukur dengan perhatian seluruh dunia, tapi saya tahu pasti akan lebih ramai yang membenci Myung Ki. Tapi saya fikir, kalau dah nak kena kecam, biarlah saya betul-betul kena dengan sepenuhnya.

im siwan

Im Siwan juga mengaku bahawa pada mulanya dia tidak menganggap Myung-ki sebagai antagonis.

Saya fikir watak jahat sebenar mestilah seperti Thanos. Tapi semasa penggambaran, arahan daripada pengarah kadang-kadang buat saya keliru. Pada akhirnya saya rasa, walaupun Myung-ki bukan penjahat utama, dia mungkin watak paling menyakitkan hati.

Tentang adegan di mana Myung-ki hampir mencampak bayinya, Im Si-wan berkata:

Itu adalah adegan yang sangat mengejutkan. Saya tak mahu berdepan dengannya. Dari segi emosi pun, saya tak mahu hadap perasaan macam tu. Sukar untuk dilakonkan.

Akhir sekali, Im Siwan menyatakan,

Lepas watak ni, saya makin yakin saya nak berhenti bawa watak jahat. Saya nak cuba watak-watak yang lembut, yang baik. Kalau boleh, saya nak tunjukkan sisi lain diri saya.

“Squid Game 3” kini sedang disiarkan di Netflix.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...