Ikuti Kami:

Dah Tak Kisah Mulut Orang, Lisa BP Dilihat Tunjuk Sokongan Buat ‘Kekasih’nya Frédéric Arnault

Dah Tak Kisah Mulut Orang, Lisa BP Dilihat Tunjuk Sokongan Buat ‘Kekasih’nya Frédéric Arnault

Nampaknya, Lisa sendiri dah berani menunjukkan sokongan buat ‘kekasih’nya, Frédéric Arnault.

Baru-baru ini, Lisa BLACKPINK telah tiba di lapangan terbang di Thailand untuk ke destinasi seterusnya, selepas selesai menghadiri acara perjumpaan peminatnya.

Menerusi foto yang dikongsi, idola itu dilihat mesra berinteraksi dengan peminat dan jam tangan yang dipakainya turut meraih perhatian ramai.

Khususnya, ia adalah jam tangan Hublot yang bernilai cecah RM360,144 dan merupakan salah satu jenama yang diuruskan oleh kekasih khabar anginnya itu.

Untuk pengetahuan, Frédéric Arnault ialah Ketua Pegawai Eksekutif LVMH Watches, untuk jenama seperti TAG Heuer dan Hublot.

Dengan ini, ramai yang menganggap Lisa secara tak langsung telah memberikan sokongan buat lelaki itu ataupun mungkin dia menerimanya sebagai hadiah dari Frédéric.

Komen peminat,

Pada ketika ini, saya tak terkejut dah. Dia kaya dan teman lelakinya juga kaya 🤑

Wah jam Hublot tu. Memang orang kaya je yang pakai jam ni.

Dia duta Bulgari tapi dia pakai jam Hublot. Mungkin itu hadiah dari Frédéric.

Untung Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...