Ikuti Kami:

“Dah Tak Handsome..” – Kelihatan Berisi Kini, Penampilan Lee Minho Jadi Bualan

“Dah Tak Handsome..” – Kelihatan Berisi Kini, Penampilan Lee Minho Jadi Bualan

Rasanya ramai yang dah rindu nak tengok Lee Min-ho kembali aktif dalam bidang lakonan kan?

Bagi mengubat rindu, pelakon lelaki itu masih lagi aktif dengan pelbagai aktiviti seni lain seperti menjalani photoshoot sebagai duta untuk berbagai jenama terkenal.

Mungkin sudah lama tidak kelihatan, namun peminat terkejut apabila melihat penampilan terbaru Lee Min-ho dalam salah satu kemas kini terbaru oleh jenama pakaian yang menampilkannya sebagai duta.

Menerusi foto belakang tabir yang didedahkan, pelakon popular itu kelihatan semakin tembam dan ‘bulat’ kini terutamanya di bahagian muka. Bahkan ia kelihatan berbeza dengan imej ‘flower boy’ yang sering dipadankan dengannya dahulu.

Komen netizen, “Saya tak kenal dia langsung”, “Kim Tan nampak cool sahaja dahulu..” dan banyak lagi.

Pun begitu, ramai yang tidak menghiraukan dengan perubahan itu memandangkan lelaki tersebut sedang berehat kini dari lakonan lantas tidak memerlukan penjagaan badan yang intensif.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...