Ikuti Kami:

Dah Tak Cuba Sembunyi, Lisa BP & Frédéric Arnault Keluar Makan Malam Bersama Di Paris

Dah Tak Cuba Sembunyi, Lisa BP & Frédéric Arnault Keluar Makan Malam Bersama Di Paris

Nampaknya, Lisa BLACKPINK semakin sering dilihat meluangkan waktu bersama kekasih khabar anginnya.

Baru-baru ini, Lisa dilihat keluar dari sebuah restoran di Paris, diikuti Frédéric Arnault, lelaki yang didakwa merupakan kekasih ahli BLACKPINK itu.

Dalam foto yang dikongsi, wanita itu sedang bercakap dengan seseorang di telefon, diiringi pengawal keluarga Arnault. Manakala Frédéric sudah masuk ke dalam keretanya terlebih dahulu.

Sebelum ini, mereka sudah beberapa kali dilihat bersama dan sepertinya sudah mengesahkan bahawa memang benar mereka sedang menjalinkan hubungan kini.

Semoga kekal bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...