Ikuti Kami:

“Dah Setengah Tahun Berlalu..” – Lee Junho Luah Rasa Rindu Buat ‘The Red Sleeve’

“Dah Setengah Tahun Berlalu..” – Lee Junho Luah Rasa Rindu Buat ‘The Red Sleeve’

Diam tak diam, sudah lama “The Red Sleeve” menamatkan tayangan. Meskipun tiada ‘hype’ pada awalnya namun siri itu berjaya menjadi antara drama bersejarah yang disebut ramai pada tahun lalu.

Nampaknya bukan peminat sahaja merindui “The Red Sleeve”, malah Lee Jun-ho yang membawa watak Raja Yi San turut meluahkan rasa rindunya terhadap siri itu. Hal itu diluahkan menerusi Instagram Story di akaun peribadi miliknya,

Sudah hampir setahun setengah, hari ini ialah penggambaran terakhir.

junho 2pm

Di dalam foto yang disertakan itu, Lee Jun-ho dilihat memeluk pengarah Jung Ji-in dan rakan pelakon Lee Se-young ketika penggambaran terakhir “The Red Sleeve”.

Berkat pembawaan watak yang baik, nama Lee Jun-ho kini menjadi rebutan ramai produser drama. Malah ahli 2PM itu turut memenangi anugerah besar di ‘2022 MBC Drama Awards’ dan ‘2022 Baeksang Awards’.

Dalam pada itu, Lee Jun-ho akan bertemu dengan Yoona Girls’ Generation dalam drama romantik “King The Land” tak lama lagi.

Ramai yang rindu “The Red Sleeve” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...