Ikuti Kami:

“Dah Setahun..” – Jang Geunsuk Dedah Hidap Kanser Tiroid & Baru Selesai Jalani Pembedahan

“Dah Setahun..” – Jang Geunsuk Dedah Hidap Kanser Tiroid & Baru Selesai Jalani Pembedahan

Siapa sangka dalam diam, Jang Geun-suk simpan sakitnya sendiri.

Terbaru, Jang Geun-suk telah memuat naik video baru di YouTube dan berkongsi tentang perkara yang sudah lama dia rahsiakan. Luahnya,

Saya menyapa anda di sini buat pertama kalinya. Sebenarnya, saya telah didiagnosis dengan kanser tiroid kira-kira pada setahun yang lalu.

Sambungnya,

Saya tidak memberitahunya terus kerana saya fikir ia akan mengejutkan ramai orang. Syukur, pembedahan itu berjaya. Dah 2 minggu dan keadaan saya baik sekarang. Saya gembira akhirnya boleh bercakap seperti ini.

Sementara itu, agensi lelaki tersebut menyatakan,

Jang Geun-suk telah didiagnosis dengan kanser tiroid sekitar Oktober tahun lalu. Selepas berunding dengan kakitangan perubatan, dia telah menjalani pembedahan pada bulan Mei. Dia sedang menjalani ujian tetap dan melakukan yang terbaik untuk jaga kesihatannya.

Semoga Jang Geun-suk sentiasa sihat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Daily Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...