Ikuti Kami:

Dah Rindu? Marathon ‘Tale Of The Nine Tailed’ Bermula 3 April Ini Di Netflix

Dah Rindu? Marathon ‘Tale Of The Nine Tailed’ Bermula 3 April Ini Di Netflix

Siapa yang tak sukakan Lee Dong-wook kan? Tambahan pula apabila dia membawa watak makhluk misteri seperti ‘The Grim Reaper’ ataupun ‘gumiho’.

Mungkin ada yang dah rindu nak menonton drama “Tale Of The Nine Tailed” yang merupakan antara drama popular yang ditayangkan pada tahun lalu kan?

Jangan risau kerana naskhah tersebut akan dapat ditonton menerusi Netflix pada minggu ini!

netflix tale of the nine tailed

Naskhah yang digambarkan sebagai drama fantasi urban ini mengisahkan tentang seorang gumiho lelaki (makhluk mistik rubah berekor sembilan) bernama Lee Yeon (Lee Dong-wook) yang tinggal di bandar serta seorang pengarah produksi (Jo Bo-ah) yang tidak kenal erti takut dan berusaha keras menjejaki makhluk itu. Kim Bum pula membawa watak Lee rang iaitu adik tiri kepada Lee Yeon dan lahir separuh manusia dan separuh gumiho.

Siapa yang belum sempat menonton sebab tak tahu nak tengok di laman penstriman mana ataupun saja nak ulang tengok sekali lagi, bolehlah serbu Netlix pada 3 April ini (Sabtu) untuk menonton “Tale Of The Nine Tailed”

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...