Ikuti Kami:

Dah Mula Persiapan, Khabar Angin Moon Gayoung & Son Heungmin Bakal Berkahwin Tular

Dah Mula Persiapan, Khabar Angin Moon Gayoung & Son Heungmin Bakal Berkahwin Tular

Tiada angin tiada ribut, Moon Ga-young dikatakan bakal berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal Korea Selatan?

Baru-baru ini, topik mengenai Moon Ga-young didakwa akan berkahwin dengan Son Heung-min telah heboh menjadi perbualan.

Khususnya, khabar angin ini mula tercetus apabila seorang pengguna di Twitter (X) dengan nama ‘kkvnoi’ telah memuat naik satu hantaran, menyatakan bahawa kedua selebriti itu telah bertemu dengan perancang perkahwinan untuk memulakan persiapan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, hantaran tersebut yang meraih hampir 1 juta tontonan telah pun dipadam kini, menimbulkan tanda tanya tentang kesahihannya.

moon gayoung son heungmin

Apa tah lagi sebelum ini, seorang profesor terkenal iaitu Park Jung-ho mendedahkan bahawa satu perkahwinan melibatkan bintang sukan besar Korea Selatan akan berlaku, membuatkan netizen merasakan bahawa ianya merujuk kepada Son Heung-min.

Sementara itu, agensi bagi Moon Ga-young dan Son Heung-min masih belum memberi apa-apa respon mengenai laporan berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...