Ikuti Kami:

“Dah Macam Tengok Jennie..” – (G)I-DLE Dituduh Tiru Persembahan Ikonik BLACKPINK Di Coachella?

“Dah Macam Tengok Jennie..” – (G)I-DLE Dituduh Tiru Persembahan Ikonik BLACKPINK Di Coachella?

Eh, betul ke ni?

Baru-baru ini, (G)I-DLE telah membuat persembahan di Jingle Ball LA. Di mana, mereka telah menyanyikan beberapa buah lagu hit mereka.

Muncul memakai pakaian serba hitam, kumpulan ini telah mencipta suasana yang mengingatkan peminat kepada BLACKPINK.

Tambahan pula, persembahan (G)I-DLE di Jingle Ball LA itu dituduh dengan sengaja meniru intro ikonik “How You Like That” BLACKPINK di Coachella tahun ini.

Ketua kumpulan itu iaitu So-yeon telah memulakan persembahan dengan berkata,

Apa khabar Jingle Ball, kami ialah (G)I-DLE.

Di mana, peminat mendapati bahawa nada yang digunakan ialah sama dengan nada yang digunakan oleh Jennie. Malah, intro persembahan mereka juga didapati 80% sama dengan BLACKPINK dan ianya bukan sekadar kebetulan.

Disebabkan ini, (G)I-DLE telah mendapat kecaman daripada ramai peminat K-Pop kerana dengan sengaja meniru persembahan kumpulan lain dan ketua kumpulan itu telah mendapat komen negatif kerana dikatakan dengan sengaja meniru Jennie.

Apatah lagi kerana pengenalan BLACKPINK di Coachella itu mempunyai impak yang besar dan menjadi trend yang viral di media sosial sehingga kini.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...