Persembahan Eun-hyuk baru-baru ini telah mengejutkan ramai orang.
Terbaru di laman TikTok, persembahan solo Eun-hyuk ketika di sebuah konsert telah kembali tular, dengan rata-rata netizen yang terkejut melihat tarian ghairah lelaki itu bersama dengan seorang penari wanita.
Melihat video yang dimuat naik, terdapat sebuah sofa di atas pentas sebagai prop dan kedua-dua mereka nampak mesra menari bersama namun, terdapat beberapa gerakan yang dipercayai melampaui batas.
Meskipun ada yang mempertahankan lelaki itu tetapi ada juga yang percaya bahawa persembahan seperti itu tidak sesuai untuk tontonan umum tambahan pula, Eun-hyuk mempunyai peminat dari pelbagai peringkat umur.
Komen netizen,
- Saya terkejut.
- Dia buat persembahan untuk siapa ni?
- Persembahan macam ni…ada ke peminat yang suka?
Apa pendapat korang pula?