Ikuti Kami:

Dah Lama Tak Berlakon, Netizen Risau Lihat Ryu Hyeyoung Makin Kurus Kini

Dah Lama Tak Berlakon, Netizen Risau Lihat Ryu Hyeyoung Makin Kurus Kini

Selepas “Law School”, pasti ramai yang rindu nak lihat Ryu Hye-young berlakon kan?

Baru-baru ini, Ryu Hye-young telah memuat naik beberapa foto baru di laman Instagram, memberikan kemas kini kepada peminat tentang aktivitinya kini.

Bagaimanapun, penampilan terkini pelakon wanita itu telah mendapat perhatian ramai kerana dia kelihatan lebih kurus dari sebelum ini.

Meskipun ramai yang meluahkan rasa risau mereka dengan kesihatan Ryu Hye-hyoung namun, ada juga yang menebak bahawa pelakon itu berkemungkinan sedang bersiap sedia untuk drama terbarunya nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryu hyeyoung (@ryuniverse328)

Untuk pengetahuan, Ryu Hye-young telah disahkan bakal terajui drama web baru “Adults Kids”, mengikuti seorang wanita dalam lingkungan 30-an yang masih kekok dalam industri fesyen dan akan memaparkan kisah suka dan duka di tempat kerja.

Semoga Ryu Hye-young sentiasa sihat!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...