Siapa yang dah lama simpan impian nak jadi idola tu, ini lah peluang untuk korang!
Terbaru, YG Entertainment telah mengumumkan uji bakat ‘2024 YG GLOBAL AUDITION’ yang akan berlangsung di Malaysia, pada 16 November ini.
Melihat poster yang dikongsi, uji bakat tersebut akan diadakan di Menara TSLAW, Kuala Lumpur dan terbuka buat mereka yang lahir pada tahun 2006 hingga 2013 sahaja.
View this post on Instagram
Selain itu, mereka yang berminat juga boleh memilih untuk uji bakat dalam salah satu kategori, antara vokal, rap, tarian dan penampilan.
Dapatkan maklumat lanjut di SINI. Jangan lepaskan peluang tau!