Sepertinya kehadiran V BTS sebagai tetamu “Running Man” merupakan tuah yang dijangka program itu.
Untuk episod terbaru ini, program SBS berkenaan berjaya meraih rating sebanyak 4% dan sasaran penonton bagi usia 20-49 mencapai rating 2.3%. Oleh sebab itu, ianya berjaya menjadi program dengan tontonan terbanyak untuk slot tayangan berkenaan.
Bukan itu sahaja, tontonan tertinggi per minit mencecah 5.3% selain pra-rilis digital untuk episod bersama V itu sudah pun mencapai 2 juta tontonan di platform video lain seperti YouTube dan Naver.
Rata-rata penonton meluahkan rasa seronok melihat episod berkenaan dan tidak menyangka yang V menyembunyikan bakat terpendam dalam permainan dan hiburan. Komen mereka,
Seronok sangat! V memang sesuai dengan program hiburan dan dia sangat handsome.
Mesti seronok, saya kena tonton ni.
Best, ini kali pertama saya tonton ‘Running Man’ setelah sekian lama.
Dia sangat handsome dan comel.
Seronok sangat semalam!
Best episod semalam terutamanya permainan terakhir.
Keluarga saya semua tertawa tonton episod ini.
Dalam pada itu, V mengakui bahawa dia paling menyukai “Running Man” dan sudah lama mahu menjadi tetamu rancangan itu. Bahkan dia mengatakan program itu merupakan peneman terbaik apabila dia makan berseorangan.
Cayalah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.