Ikuti Kami:

“Dah La Menipu” – Bangga Kongsi Cerita Bercinta Dengan Budak Bawah Umur, Dara 2NE1 Teruk Dikritik Ramai

“Dah La Menipu” – Bangga Kongsi Cerita Bercinta Dengan Budak Bawah Umur, Dara 2NE1 Teruk Dikritik Ramai

Tengah sibuk dengan konsert jelajah 2NE1 sekarang, tak semena-mena nama Dara terpalit dengan kontroversi.

Pada Mei tahun lalu, Dara telah memuat naik video ‘DARATOUR’ di laman YouTube peribadinya, di mana dia pergi bercuti bersama Minzy di Manila, Filipina.

Di penghujung video ketika mereka sedang berborak, Dara juga sempat berkongsi tentang kisah cinta pertamanya, sebelum debut sebagai 2NE1. Ceritanya,

Di pusat beli-belah, awak tahu kan permainan arked? Saya akan pergi main di situ dan tiba-tiba, ada seorang lelaki comel datang ingin meminta nombor telefon saya. Dia berumur 14 tahun dan saya berumur 19 tahun ketika itu. Tapi saya bohong, itu satu-satunya peluang yang saya ada. Saya beritahu yang saya 16 tahun.

Sambung Dara,

Kami beberapa kali pergi dating. Kami akan bermain di arked dan menonton filem. Selepas itu, saya terus melakukan debut saya dan ada tertulis di TV ‘Sandara Park, 19 tahun’. Saya berhenti menghubunginya selepas itu.

Khususnya, klip itu telah dimuat naik semula menerusi laman X, di mana netizen rata-rata mengkritik Dara kerana bukan sahaja mempunyai hubungan dengan budak bawah umur malahan, turut bangga mendedahkan dirinya sebagai pedofil.

Setakat ini, video itu telah meraih perhatian ramai dengan lebih 5 juta tontonan, dengan ramai yang kecewa dan jijik dengan pengakuannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...