Ikuti Kami:

“Dah Hilang Akal” – Baru Nak Popular, Han Sunhwa Dikritik Rakyat Korea Dek Kontroversi Ini

“Dah Hilang Akal” – Baru Nak Popular, Han Sunhwa Dikritik Rakyat Korea Dek Kontroversi Ini

Kadang kala, artis Korea melakukan kesilapan tanpa menyedarinya.

Terbaru, Han Sun-hwa telah memuat naik video di laman YouTube miliknya di mana dia menjemput ahli politik, Lee Jun-seok.

Bagi yang tidak mengetahui, Lee Jun-seok ialah bekas perancang utama parti konservatif yang memerintah negara itu. Pun begitu, dia telah digugurkan selepas didakwa sering mengunjungi rumah pelacuran dan kini merupakan ketua Parti Reformasi.

Dalam episod tersebut, Han Sun-hwa secara mengejutkan bertanya jika dia boleh memanggil ahli politik tersebut sebagai “Oppa” (abang). Idola itu kemudiannya seolah-olah merayu supaya ahli politik itu memanggilnya secara tidak formal.

han sunhwa

Bukan itu sahaja, Lee Jun-seok turut berseloroh dan meminta Han Sun-hwa untuk menuangnya arak. Hal itu sebenarnya kurang adab di Korea, seolah-olah dia merendahkan martabat wanita.

Rata-rata penonton meninggalkan komen kritikan pada wanita berkenaan kerana menjemput figura penuh kontroversi itu,

  • Inilah imej asal dia, lol. Dia sembunyikan perwatakannya di sebalik lakonan yang baik.
  • Dia mesti sudah hilang akal. Saya tahu saya tak suka dia.
  • Mereka memang sesuai antara satu sama lain.

Mungkin boleh jemput orang lain kot..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...