Sesiapa yang meminati Haha sejak “Running Man” pastinya sudah melihat dia melalui kehidupan bujang, berkahwin dan sebagai bapa kini.
Tidak dinafikan anak-anaknya iaitu Dream, Soul dan Song-yi merupakan anugerah yang tak terhingga buat lelaki itu dan isterinya Byul kerana kesemuanya membesar dengan baik kini dan turut memenangi hati ramai dek telatah kelakar mereka.
Terbaru, Byul telah memuat naik foto Song-yi dan rata-ratanya menyatakan bahawa anak bongsu pasangan utu nampak saling tak tumpah dengan wajah bapanya.
Komen netizen yang senang hati melihat kanak-kanak itu nyata menghiburkan, “Dia macam Haha versi mini”, “Dia kelihatan seperti neneknya (mak Haha)” dan “Kejapnya dia membesar”.
Comel kan dia?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.