Selepas bertahun, peminat akhirnya dapat menyaksikan interaksi diantara Jessica dan ahli GIRLS’ GENERATION.
Terbaru, Hyo-yeon telah melakukan siaran langsung di media sosialnya. Dalam siaran langsung tersebut, penyanyi itu bukan sahaja telah bercakap mengenai kemunculan semula GIRLS’ GENERATION, malah dia turut menyebut nama bekas ahli kumpulan mereka iaitu Jessica Jung.
Interaksi yang tidak dijangka ini telah membuatkan rata-rata peminat berasa terharu dan gembira, terutamanya selepas apa yang terjadi selama ini.
“I’m also waiting for snsd comeback”
“Hello jessica jung”KSSJJSKAAJGSSJSJS KIM HYOYEON OHMYGOD?!!!!!! pic.twitter.com/0hb0dnbEG0
— 🍓🌙 (@yoonabjhksg) June 7, 2024
Seperti yang diketahui ramai, Jessica telah ditendang keluar dari kumpulan itu oleh SM, malah, syarikat itu juga berkelakuan seperti dia tidak pernah menjadi ahli GIRLS’ GENERATION.
Namun begitu, selepas hantaran itu tular, peminat mendapati bahawa Hyo-yeon sebenarnya sedang membaca nama akaun peminat yang menggunakan nama Jessica dan bukannya sedang bercakap mengenai bekas ahli kumpulan itu.
Tak apa kita masih boleh berharap kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.