Setelah lama menanti, 2NE1 akhirnya akan kembali menemui peminat dengan konsert solo!
Terbaru dalam satu temu bual bersama majalah Cosmopolitan, CL mendedahkan bahawa ianya tak mudah untuk semua ahli berkumpul untuk reunion 2NE1. Katanya,
Proses untuk bersatu semula dengan ahli adalah sangat berharga. Ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan.
Sambungnya lagi dengan bercakap tentang hubungan rapat kumpulan itu,
Kami dah jadi keluarga. Kami berempat bersatu bukan kerana kehendak atau pilihan tetapi kami disatukan seperti takdir. Setelah melalui banyak perkara bersama, kami kini jadi adik-beradik dengan pilihan sendiri.
Sementara itu, konsert solo pertama 2NE1 akan bermula pada 5 Oktober ini di Seoul.
Datang Malaysia juga please!