Tak “Running Man” lah kalau mereka tak usik satu sam lain.
Dalam episod kali ini, mereka menjalani perlumbaan untuk ahli yang lahir pada bulan Ogos dengan tetamu Kim Ah-young dan Joo Hyun-young.
Semasa pembukaan, hanya Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk dan Haha yang hadir dan berbual mengenai titik persamaan mereka yang lahir pada bulan Ogos. Apabila Song Ji-hyo menyebut hari jadi mereka pada tarikh ’14, 15, 17 Ogos,’ Haha meluahkan kekecewaannya,
Hari jadi saya pada 20 haribulan lah.
Yoo Jae-suk kemudian bertanya,
Ji-hyo, kenapa awak hanya ingat hari jadi saya?
Song Ji-hyo dengan serius memberitahu bahawa dia menyangka Haha lahir pada 17 haribulan. Seloroh Haha,
Dah 46 tahun saya sambut hari jadi saya pada 20 haribulan.
Nampak lah Song Ji-hyo lebihkan Yoo Jae-suk!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.