Ikuti Kami:

Dah 38 Tahun, Penonton Kritik Byun Yohan Masih Bawa Watak Pelajar Sekolah Dalam Drama Baru

Dah 38 Tahun, Penonton Kritik Byun Yohan Masih Bawa Watak Pelajar Sekolah Dalam Drama Baru

Selepas “Uncle Samsik”, Byun Yo-han kembali menemui penonton dengan drama baru iaitu “Black Out: Snow White Must Die”

Bagi yang belum tahu, drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki muda yang disabitkan dengan pembunuhan dua wanita, yang dikaitkan secara romantik dengannya.

Dalam drama ini, Byun Yo-han membawa watak sebagai Ko Jung-woo, seorang pelajar sekolah menengah yang akan memasuki kolej perubatan berprestij namun, dituduh terlibat dengan kematian dua rakan sekelasnya.

Meskipun mencatat rating memuaskan untuk episod pertama namun, penampilan Byun Yo-han sebagai pelajar sekolah dalam drama itu telah menerima reaksi pra-kontra dari penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MBC DRAMA official (@mbcdrama_now)

Hal ini kerana, ramai berpendapat bahawa pelakon berusia 38 tahun itu tidak lagi sesuai untuk membawa watak sebagai remaja tambahan pula dengan imejnya yang terlalu dewasa untuk jadi pelajar sekolah.

Komen penonton,

  • Amik la pelakon lain untuk bawa wataknya ketika muda..
  • Byun Yo-han memang handsome tapi ini keterlaluan.
  • Kelakar kalau orang kata dia nampak muda dan boleh jadi pelajar sekolah..

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...