Ikuti Kami:

“Dah 30 Tahun” – Netizen Perasan Wajah Kecewa Ji Sukjin Hanya Dinobat ‘Pekerja Kehormat’ Di ‘SBS Entertainment Awards’

“Dah 30 Tahun” – Netizen Perasan Wajah Kecewa Ji Sukjin Hanya Dinobat ‘Pekerja Kehormat’ Di ‘SBS Entertainment Awards’

Pada minggu lalu, ‘2021 SBS Entertainment Awards’ telah berlangsung secara berdepan dan dihadiri oleh ramai penghibur Korea.

Merupakan antara program popular di SBS, sudah pasti ramai yang mengagak bahawa “Running Man” akan menang besar pada malam itu. Malah ada yang menyebut bahawa Ji Suk-jin berkemungkinan akan menerima anugerah utama (daesang).

Walaubagaimanapun, Ji Suk-jin menerima anugerah ‘pekerja kehormat’ yang merupakan kategori yang pertama kali dipertandingkan pada tahun ini.

Saya sudah pergi ke banyak majlis anugerah namun ini adalah pertama kali saya mendengar ‘pekerja kehormat’.

Tahun depan ialah ulangtahun ke-30 saya. Selepas 30 tahun bekerja, saya gembira kerana mempunyai karier yang stabil. Seronok dapat anugerah yang belum pernah dimenangi Lee Kyung-gyu.

ji sukjin sbs entertainment awards

Ujar netizen yang melihat anugerah berkenaan, mereka perasan wajah kecewa Ji Suk-jin selain turut meluahkan rasa hampa dengan keputusan yang dibuat anugerah itu.

Saya rasa mereka saja wujudkan anugerah yang tak pernah diadakan.

 

Sedih tengok Ji Suk-jin yang meluahkan perasannya.

 

Ia bukanlah anugerah yang sepatutnya diberikan kepada seseorang dengan 30 tahun pengalaman.

Untuk pengetahuan, Anugerah Utama dimenangi oleh program “My Little Old Boy” secara keseluruhan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...