Pejam celik pejam celik, siapa sangka dah 25 tahun sejak Lee Dong-wook debut sebagai pelakon!
Terbaru, Lee Dong-wook telah mengumumkan pembukaan kelab peminat rasmi pertamanya, 25 tahun selepas debutnya.
Menurut agensinya, mereka akan mula mengambil ahli untuk kelab itu dan akan menerima pelbagai faedah seperti kit kelab, akses tiket awal dan eksklusif kepada kandungan istimewa di laman web rasmi Lee Dong-wook.
View this post on Instagram
Selain itu, pelakon lelaki itu turut berkongsi bahawa dia tidak sabar untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama peminat melalui kelab peminat tersebut dan meminta cadangan untuk nama kelab peminatnya.
Haa korang rasa nama apa sesuai untuk kelab peminat Lee Dong-wook?